fbpx
Harry dan kekasih baharu, Zoe Kravitz.

Harry Styles makin bahagia dengan Zoe Kravitz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MENJALIN hubungan dengan pelakon Zoe Kravitz sejak bulan lalu, penyanyi Harry Styles dikhabarkan berada di fasa paling bahagia dalam hidupnya.

Biarpun tidak mengulas lanjut mengenai keintiman mereka, ramai rakan terdekat memaklumkan bekas anggota One Direction itu serius menjalin cinta baharu.

Hal ini kerana dia dilihat berada di sekitar kawasan Williamsburg, Brooklyn, New York iaitu tempat tinggal Kravitz dan mereka berjalan berpegangan tangan.

Kediaman itu pernah diduduki Kravitz bersama bekas tunangnya, juga aktor Channing Tatum selama tiga tahun sepanjang mereka bersama.

Terdahulu, hubungan antara Styles dan  pelakon filem The Batman itu mula diperkatakan selepas mereka dirakamkan menikmati makan malam romantis di Rome, Itali.

Khabar terbaharu yang meyakinkan lagi cinta mereka apabila wanita terbabit memperkenalkan temannya itu kepada bapanya yang juga penyanyi popular, Lenny Kravitz.



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI