fbpx
Fazura mengenang pemergian cinta pertama dalam hidupya iaitu arwah bapanya, Sharifuddin Adnan yang meninggal dunia pada tanggal 14 September 2000.

Fazura kenang kehilangan cinta pertama 14 September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon popular, Nur Fazura, 42, mengenang pemergian cinta pertama dalam hidupya iaitu arwah bapanya, Sharifuddin Adnan, yang meninggal dunia pada tanggal 14 September 2000.

Menerusi hantaran yang dimuatnaik dalam Instagram, pelakon filem Langit Cinta itu berkongsi sebuah video khas yang didedikasikan buat ayahanda tercinta.

Dalam video tersebut, Fazura mengimbas semula momen di mana dia menggayakan busana rekaan Zaimi Zulkafli yang memaparkan wajah bapanya di bahagian belakang.

“14 September, 25 tahun berlalu. Takkan hilang cintaku padamu. Al Fatihah papa,” tulisnya pada bahagian kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang memberikan kata-kata semangat untuknya agar kekal kuat.

“Ayah ialah cinta yang paling tulus dan ikhlas sepanjang hidup kita. Arwah pasti bangga dengan kamu sekarang,” komen netizen.

“September seharusnya menjadi bulan kegemaran kamu, tetapi bertukar menjadi bulan yang penuh dengan kesakitan. Kami berada di belakang kamu. Terus kuat,” komen seorang lagi netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN