fbpx
GUARDIOLA perlu segera mencari jalan untuk memulihkan City selepas mereka tewas dalam dua perlawanan berturut-turut sebelum ini. - AFP

EPL: Guardiola mahu semua pemain terlibat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menyeru semua pemainnya untuk terlibat dalam usaha memulihkan prestasi pasukan itu musim ini selepas mengharungi episod kecewa musim lalu.

Bagaimanapun, selepas tiga perlawanan City dilihat cukup rapuh apabila hanya meraih satu kemenangan dan lebih malang mereka menanggung dua kekalahan berturut-turut dan perlu berdepan seteru setempat, Manchester United di Etihad malam ini.

Situasi yang dialami pasukan itu ketika ini mencetuskan semua spekulasi mengenai masa depan Guardiola di Etihad biarpun beliau menandatangani kontrak baharu untuk terus kekal bersama pasukan itu sehingga 2027.

“Saya tidak tahu mengenai masa depan, sudah pasti keputusan diraih pasukan akan mengatasi segala-galany. Jadi, saya perlu pastikan pasukan ini melalui musim yang baik.

“Saya akan pergi sekiranya saya rasa pasukan ini perlukan perubahan. Namun, ketika ini saya mahu melakukan dan mencapai keputusan yang lebih baik berbanding musim lalu.

“Ketika saya menandatangani kontrak pertama selama tiga tahun di kelab ini, saya tidak menjangkakan bahawa saya akan kekal untuk sedekad. Saya bangga dapat melakukannya dan membantu pasukan ini berulang kali,” jelasnya.

Mengulas mengenai perlawanan menentang United, Guardiola memberi bayangan bahawa beliau mungkin akan menyenaraikan penjaga gol baharu, Gianluigi Donnarumma pada perlawanan tersebut biarpun pemain itu baru tiba.

Prestasi goyah dipamerkan James Trafford dalam dua perlawanan lalu menyebabkan Guardiola terpaksa mengambil keputusan tersebut biarpun Donnarumma tidak mempunyai banyak masa menjalani latihan bersama pasukan dan masih dalam fasa menyesuaikan diri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN