fbpx
Pasukan bomba berusaha membersihkan serpihan susulan letupan di sebuah bar di Madrid semalam. - X

21 cedera, bar tiba-tiba meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADRID – Sekurang-kurangnya 21 orang cedera dengan tiga berada kritikal selepas sebuah bar di ibu negara Sepanyol,  Madrid tiba-tiba meletup, lapor akhbar The Sun UK. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 3 petang (waktu tempatan) di kejiranan Vallecas, semalam. 

Rakaman video kejadian yang dimuat naik di platform X menunjukkan anggota-anggota bomba berusaha membersihkan serpihan batu bata dan kaca bertaburan di jalan raya. 

Letupan itu turut menyebabkan pintu tercabut dan sebahagian siling bar runtuh. 

Seramai 21 orang dirawat, dengan tiga daripada mereka berada dalam keadaan kritikal, demikian menurut perkhidmatan perubatan. 

“Beberapa anjing pengesan dan dron dikerahkan untuk menyokong usaha bantuan,” tambahnya. 

Siasatan sedang giat dijalankan untuk mengenal pasti punca letupan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN