fbpx
Miki (kiri) dan Johan.

[VIDEO] Miki akui lebih hebat, kacak dari abangnya Jojo Ghazali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Petinju muda negara, Miki Ghazali secara berseloroh mengakui dirinya lebih hebat dan kacak jika dibandingkan dengan abangnya, Jojo Ghazali.

Menerusi satu klip video yang dirakam dalam satu sidang akhbar siri perlawanan baru-baru ini, ketika ditanya mengenai dakwaan netizen menyatakan Miki lebih hebat berbanding abangnya, atlet tersebut hanya mengiyakan soalan tersebut.

“Ya, saya lebih hebat daripada abang saya Johan (Jojo). Kalau handsome (kacak) pun saya lebih handsome daripada dia,” katanya secara berseloroh.

Mikail Ghazali atau lebih dikenali sebagai Miki, 16, mencipta sensasi apabila menundukkan petinju berpengalaman dari Indonesia, Mikel Sleman, 32, dalam kategori flyweight pada Twins Championship 102 di Stadium Negeri Sembilan Arena, baru-baru ini.

Abangnya, Johan, 18, berjaya menumbangkan lawannya dari Morocco, Zakaria El Jamari dalan petarungan ONE Fight Night 35 di Bangkok, Thailand pada Sabtu lalu.

Dalam perlawanan tersebut, Jojo berjaya menumbangkan pesaing berpengalaman itu secara TKO dalam tempoh tidak sampai dua minit.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI