fbpx
Van pelancongan Thailand disita JPJ Kelantan menerusi Ops Bersepadu yang dijalankan pada awal tahun ini. - GAMBAR HIASAN

Van Thailand dikesan salah guna permit ICP pada musim cuti sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Kenderaan dari Thailand terutama van pelancongan paling banyak dikesan menyalahgunakan Permit Edaran Antarabangsa (ICP) untuk mengangkut pelancong ke negara jiran pada musim cuti sekolah.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd. Misuari Abdullah berkata, kemasukan kenderaan asing terutama dari Thailand yang membawa pelancong dari negara ini dilihat aktif di tiga pintu sempadan di Kelantan.

Katanya, terbaharu, dua kes melibatkan kenderaan asing dikesan menyalah guna ICP termasuk tidak menjelaskan saman tertunggak di negara ini.

“Banyak kenderaan asing terutama van dari Thailand membawa pelancong dari Kelantan melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, Pengkalan Kubor di Tumpat dan Bukit Bunga, Tanah Merah.

“Sehubungan itu, JPJ Kelantan mengadakan Ops Bersepadu dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dalam masa terdekat untuk mengesan kenderaan Thailand yang menyalahgunakan ICP,” katanya ketika ditemui pada Program Karnival Sukan Merdeka anjuran Persatuan Institut Memandu Kelantan bersama JPJ di Panji, di sini hari ini.

Mohd. Misuari mengakui banyak kenderaan dari Thailand yang masuk ke negeri ini terutama pada musim perayaan dan cuti persekolahan.

Mengikut undang-undang, kenderaan Thailand boleh memasuki Malaysia sejauh 2 kilometer dari pintu sempadan tanpa permit ICP.

Pemandu Thailand yang memohon ICP juga tidak dibenarkan mengangkut penumpang untuk urusan tertentu termasuk pelancong masuk ke negara berkenaan. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI