fbpx
Tuan Ibrahim (berdiri dua kanan) bergambar bersama penerima anugerah Tokoh As-Sabiqun Pusat di Guar Chempedak di Yan, hari ini.

Tuan Ibrahim tolak cadangan calon PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

YAN – Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menolak cadangan Pemuda parti itu yang menamakannya sebagai calon Perdana Menteri (PM).

Beliau berkata, ini kerana Pas mempunyai ramai tokoh lain yang jauh lebih layak dan berwibawa untuk diberi peluang memimpin negara berbanding dirinya.

“Ramai lagi calon lain terdiri daripada tokoh hebat-hebat, jauh lebih hebat daripada saya. Mereka ni sebenarnya kalau diberi peluang, insya-Allah rakyat akan nampak kejayaan,” katanya selepas merasmikan Sidang As Sabiqun Pas Pusat di Guar Chempedak, di sini hari ini.

Tuan Ibrahim turut memberi contoh kejayaan tokoh Pas yang diberi kepercayaan sebelum ini antaranya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Sebelum ni, Sanusi bukanlah tokoh yang dikenali dalam konteks politik Malaysia kerana dia dahulunya hanya setiausaha politik arwah Tan Sri Azizan Abdul Razak (bekas Menteri Besar Kedah), tetapi bila kita letak (Sanusi) sebagai Menteri Besar, tengoklah bagaimana kejayaannya.

“Sama juga dengan Dr. Samsuri, siapa kenal dia sebelum ini, tapi bila diberi peluang, kita nampak dia berjaya dan boleh memikul tugas dengan baik,” katanya.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim menegaskan beliau lebih selesa melihat tokoh lain dalam Pas ditonjolkan terlebih dahulu.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN