fbpx
PENYERANG Selangor, Chrigor Moraes (kanan) berjaya meledak hatrik ketika membelasah TFC hujung bulan lalu. - FARIZ RUSADIO

Selangor enggan momentum terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGENDALI Selangor FC, Katsuhito Kinoshi berkata, momentum baik pasukan tidak terjejas walaupun saingan Liga Malaysia (Liga M) berehat seketika bagi memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa membabitkan skuad kebangsaan.

Sebaliknya, jurulatih itu mengakui tempoh rehat itu digunakan untuk memperbaiki kelemahan pasukan sebelum menyambung aksi Liga M bertemu Malaysia University pada perlawanan kedua pusingan 16 Piala FA di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini.

Walaupun sudah memiliki kelebihan jaringan hasil kemenangan 3-1 pada perlawanan pertama, Kinoshi memberi jaminan The Red Giants tidak sesekali mengendurkan momentum ataupun menurunkan skuad kedua.

“Kami memiliki pemain yang bersama pasukan senior kebangsaan dan bawah 23 tahun (B-23). Jadi sepanjang tempoh rehat ini, kami kena sesuaikan diri (berlatih) dengan baki pemain yang ada dan kami sudah pun harungi latihan dengan baik.

“Polisi saya adalah sentiasa menurunkan skuad terbaik dalam setiap perlawanan bagi membolehkan kami pamerkan perlawanan yang bagus,” katanya.

Sebelum jendela perlawanan antarabangsa sebelum ini, Selangor berjaya memperoleh kemenangan terbesar musim ini apabila mengatasi Terengganu FC (TFC) 5-2 dalam saingan Liga Super.

Kali ini, skuad Gergasi Merah itu berdepan misi penting dalam saingan Piala FA, sekurang-kurangnya mengulangi pencapaian musim lalu apabila layak ke final sebelum tewas 1-6 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN