fbpx
KHAMIS menunjukkan gambar Allahyarham Nurul Nur Syamira ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, semalam.

‘Saya harap siapapun yang tikam anak saya dikenakan hukuman setimpal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Bapa kepada wanita yang maut ditikam di dalam kereta di Taman Nona, Guar Chempedak di Yan dekat sini malam kelmarin berharap pelaku dalam kes itu dikenakan hukuman setimpal.

Menurut Khamis Abdul Rahim, 55, dia lega dan bersyukur selepas mengetahui suspek disyaki membunuh anak sulungnya, Nurul Nur Syamira Khamis, 28, dan seorang lagi mangsa, Ku Asyraf Ku Shuib, 30, berjaya ditahan di Kuala Terengganu.

“Saya hanya mahukan keadilan buat arwah anak, apa yang suspek lakukan ke atas anak saya sangat kejam dan tidak boleh diterima. Siapapun pelakunya perlu dikenakan hukuman setimpal,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, jenazah anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Protan di Selinsing dekat Bagan Serai, Perak, malam tadi.

“Saya masih di Perak dan akan pulang ke Alor Setar petang ini. Kehilangan anak sulung saya ini sangat memberi kesan kepada saya, saya sering teringatkannya.

“Biasanya, setiap pagi sebelum saya keluar bekerja, arwah akan datang bersalaman dengan saya, sekarang tiada lagi. Memang sedih dan sayu,” ujarnya.

Tambahnya, arwah merupakan anak sulung daripada tiga beradik hasil perkahwinannya dengan arwah isteri yang meninggal dunia pada 2013.

Kosmo! semalam melaporkan seorang lelaki dan wanita ditemui maut dengan beberapa kesan tikaman pada badan di Taman Nona di Guar Chempedak, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 malam itu, mangsa lelaki dijumpai dalam keadaan terlangkup di atas jalan di hadapan sebuah rumah di situ, manakala mangsa wanita di dalam sebuah kereta jenis Proton Wira.

Jarak lokasi mangsa lelaki ditemui dengan kereta adalah kira-kira tujuh meter.

Kedua-dua mangsa berusia 30 dan 28 tahun itu yang menaiki kereta Proton Wira dikatakan diserang seorang lelaki yang mempunyai kaitan dengan mangsa wanita menggunakan senjata tajam.

Suspek berusia 29 tahun yang melarikan diri sejurus kejadian berjaya ditahan di Kuala Terengganu kira-kira pukul 9.45 pagi semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN