fbpx
MAGIS Qabil Irfan selepas menawan perlumbaan di Estoril, Portugal

Qabil ‘mengamuk’ di Portugal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pelumba muda sensasi negara, Qabil Irfan Azlan membuktikan statusnya sebagai bintang masa depan apabila mencipta kemenangan bergaya pada Pusingan Keenam Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) di Litar Estoril, Portugal, sebentar tadi.

Pelumba berusia 13 tahun itu mempamerkan tunggangan hampir sempurna di Perlumbaan 1 apabila meninggalkan pencabar terdekatnya, Enzo Zaragoza dari Sepanyol, dengan jurang  masa yang sangat besar iaitu 14.1 saat (s).

PELUMBA berbakat negara, Qabil Irfan mencipta kemenangan di bumi Portugal.

Qabil turut mencatat masa pusingan terpantas perlumbaan satu minit 48.127s dan membuktikan tiada siapa mampu menandingi kepantasannya sepanjang perlumbaan tersebut.

Seorang lagi pelumba Sepanyol, Andres Garcia, terpaksa berpuas hati melengkapkan podium di tempat ketiga selepas ketinggalan 14.3s di belakang Qabil.

Kemenangan kelima daripada enam pusingan musim ini bukan sahaja mengukuhkan cengkamannya dalam carta kejuaraan ESBK Talent, tetapi pelumba Terengganu itu dalam landasan terbaik untuk bergelar juara keseluruhan.

Selepas enam pusingan, Qabil kekal gah mendahului carta kejuaraan dengan 227 mata, meninggalkan pencabar terdekat, Alessio Arnold yang mengumpul 181 mata, manakala Zaragoza di tempat ketiga dengan 161 mata.

Lebih manis, kejayaan dominan itu memastikan lagu Negaraku berkumandang megah di bumi Portugal, menjadi tonik terbaik buat Qabil dalam misi mengharumkan nama negara di pentas Eropah.

Qabil kini akan memberi tumpuan untuk mengulangi kejayaan dalam Perlumbaan 2 esok bagi mengutip mata maksimum dari Estoril. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN