fbpx
Saifuddin Nasution merasmikan peluncuran Kampung Angkat Madani AADK di Kampung Keluang, Besut hari ini.

Penyalahgunaan dadah turun 8.8 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Kes penyalahgunaan dadah menurun 8.8 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sehingga Jun itu, sebanyak 134,916 kes direkodkan berbanding 148,015 kes bagi tempoh sama pada tahun lalu.

“Kadar penagihan dalam setiap 100,000 penduduk tertinggi di Kelantan iaitu 758 orang diikuti Terengganu (754 orang), Perlis (731 orang) dan Kedah (700 orang).

“Persamaan antara (empat) negeri-negeri ini ialah bersempadan dengan Thailand,” katanya selepas merasmikan program Kampung Angkat Madani Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Kampung Keluang di sini hari ini.

Saifuddin Nasution berkata, kebanyakan penagih dadah di negara ini berada dalam lingkungan 15 hingga 39 tahun.

Beliau berkata, senario tersebut amat membimbangkan kerana golongan terbabit masih di peringkat produktif yang sepatutnya menjadi antara 17 juta tenaga kerja di negara ini.

“Begitupun mereka tidak dapat diguna pakai (sebagai tenaga kerja) apabila terlibat dalam pelbagai penyalahgunaan dadah dan aktiviti tidak sihat.

“Dadah jenis Amphetamine Type Stimulants (ATS) iaitu methamphetamine, ecstacy dan amphetamine menjadi pilihan utama penagih tempatan,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI