fbpx
Mohd Amar pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Muktamar Dewan Muslimat Pas di Kompleks Pas, Kota Sarang Semut di Alor Setar, hari ini.

Pas anggap tidak ada keperluan namakan calon PM 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Pas hari ini sekali lagi menegaskan isu calon Perdana Menteri (PM) dalam kalangan pemimpin mereka tidak pernah dianggap sebagai keutamaan, sebaliknya memastikan kemenangan parti dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, tiada keperluan untuk parti itu mengumumkan calon PM dengan melihat kepada rekod parti yang tidak pernah mengangkat seorang ‘poster boy’ untuk dijadikan Menteri Besar.

Katanya, ia kerana keputusan akhir mengenai jawatan tertinggi kerajaan itu bergantung kepada mandat parti dan kuasa mutlak institusi diraja.

“Kenapa tak ada (calon PM)? Saya boleh jadi perdana menteri. Apa masalahnya? Cuma kita tengok apa keperluan untuk kita menyebut calon Perdana Menteri?

“Bagi kami (Pas) sejak dulu memang kita tak pernah menampilkan apa yang orang sebut sebagai ‘poster boy’ di negeri.

“Sebab yang penting kepada kita menang (PRU). Bila kita menang, siapa-siapa pun layak. Sebab isu PM ataupun MB ini, ia bukan kita yang muktamadkan. Parti boleh cadang, tapi yang menentukan sultan.  Jadi kita kena hormati juga sensitiviti itu,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Muktamar Dewan Muslimat Pas di Kompleks Pas, Kota Sarang Semut di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang kenyataan Pemuda Pas semalam yang menamakan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man selaku pilihan pertama calon PM di samping Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Datuk Idris Ahmad dan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI