PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramalkan di kebanyakan negeri sehingga pukul 6 petang ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, cuaca buruk turut dijangka di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi tempoh sama, hari ini.
Kata MetMalaysia, negeri terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Kedah di Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
“Terengganu di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang; Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong, manakala Negeri Sembilan di Jelebu, Seremban dan Port Dickson,” kata MetMalaysia, hari ini.
Menurut MetMalaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sarawak pula dijangkakan di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang.
Bagi Sabah, cuaca buruk diramalkan di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod dan Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas) – KOSMO! ONLINE