SEJAK kebelakangan ini, Diva perhatikan bekas suami Nora Danish, Nedim Nazri rancak betul dalam aplikasi Threads.
Macam-macam perkara yang dikongsi tetapi majoritinya seperti ada maksud lain, sehingga ada netizen perlu menebak, bicaranya tentang siapa.
Ada yang mendakwa dia bercakap tentang bekas isteri tetapi ada juga mendakwa, mungkin mengenai selebriti lain.
Diva pun naik pening nak berteka-teki tentang maksud tersirat di sebalik setiap perkongsian Threads Nedim. Harapnya selepas ini kurangkanlah hantaran yang berbaur sinis atau sindiran, boleh timbulkan fitnah pula nanti.
DIVA: Suka betul lakonan Erysha Emyra, memang mewarisi bakat ibunya.