fbpx
KEADAAN mayat lelaki yang ditemukan dalam anak sungai di kawasan Air Rengat, Temenggor, Gerik hari ini.

Mayat lelaki tanpa baju dijumpai dalam anak sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GERIK – Mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak berbaju dan tertiarap ditemukan dalam anak sungai di kawasan Air Rengat Temenggor, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad Othman berkata, mayat mangsa dijumpai seorang lelaki Orang Asli pada pukul 8.25 pagi sebelum melaporkan kepada polis bantuan Tenaga Nasional Berhad di Pengkalan Trojen.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik pergi ke lokasi sebelum menemukan seorang lelaki tertiarap dalam anak sungai.

“Pemeriksaan terhadap tubuh mangsa menemukan kesan luka di kepala berkemungkinan disebabkan terjatuh. Tiada dokumen pengenalan diri dijumpai bersama mangsa,” katanya di sini, hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Taiping untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut sehingga keputusan bedah siasat diperoleh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI