JAKARTA – Seorang lelaki dikenali sebagai Alvi Maulana ditahan kerana disyaki membunuh kekasihnya, Tiara Angelina Saraswati dan mengerat tubuh mangsa kepada 554 potongan dalam kejadian di wilayah Jawa Timur, lapor portal berita DetikJabar kelmarin.
Pasukan forensik mengumpulkan keseluruhan 554 potongan mayat Tiara yang dibuang di kawasan hutan Dusun Pacet Selatan.
Tiara dibunuh dengan pisau dan dicincang oleh Alvi, 24, di sebuah rumah sewa di Lakarsantri, Surabaya pada 30 Ogos lalu. Mangsa menjadi kekasihnya selama 5 tahun.
Polis melakukan pencarian besar-besaran dengan bantuan anjing pengesan sebelum menemui cebisan tubuh mangsa di kawasan semak-samun.
Penemuan ini menjadi kunci tertangkapnya Alvi di rumah sewanya di kota Mojokerto pada Ahad lalu.
Suspek utama itu berdepan dua pertuduhan yang membawa sama ada hukuman mati atau penjara seumur hidup, lapor portal beritajatim.com.
Motif di sebalik tindakan kejam ini, menurut Ketua Polis Mojokerto, Superintenden Ihram Kustarto, adalah kehidupan ‘rumah tangga’ mereka yang bersekedudukan dan tekanan ekonomi. – AGENSI