fbpx
Anwar ketika berucap pada Majlis Perasmian Festival Budaya Malaysia 2025 di Taman Tasik Titiwangsa, hari ini. Foto oleh ISKANDAR ISHAK/KOSMO!

Kepelbagaian budaya jadi kekuatan negara – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kepelbagaian budaya dan etnik di Malaysia bukan ancaman, sebaliknya merupakan kekuatan utama yang membentuk identiti negara.

Berucap merasmikan Festival Budaya Malaysia 2025 Wow Malaysia di Taman Tasik Titiwangsa malam ini, Anwar berkata, kehebatan Malaysia terserlah apabila rakyat menerima serta menghormati warisan pelbagai kaum.

“Kehebatan kita adalah kerana kesediaan menerima warisan negara pelbagai suku kaum, pelbagai daerah semuanya mempunyai kekuatan masing-masing yang mempamerkan keindahan dan kehebatan luar biasa.

“Budaya ini dikembangkan dengan merangkul budaya Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Murut, Melanau, Bajau dan lain-lain yang akhirnya membentuk budaya kita sebagai anak Malaysia,” katanya.

Menurut beliau, sikap menolak atau mengasingkan budaya hanya akan menimbulkan bibit perpecahan dalam masyarakat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN