fbpx
ANGGOTA polis menjalankan siasatan di lokasi pembunuhan pasangan kekasih di Taman Nona, Guar Chempedak, Yan kelmarin.

Ibu tunggal, kekasih dibunuh kejam angkara cemburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Hasrat sepasang kekasih untuk bertunang selepas lima bulan menyulam cinta berkecai apabila mereka dibunuh akibat ditikam dengan objek tajam dalam kejadian yang bermotifkan cemburu di Taman Nona, Guar Chempedak di Yan, dekat sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 9.40 malam itu mengakibatkan Ku Asyraf Ku Shuib, 30, dan bakal tunangnya, Nurul Nur Syamira Khamis, 28, mati serta-merta di lokasi pembunuhan.

Mayat Nurul Nur Syamira di­te­mukan di tempat duduk penum­pang depan kereta Proton Wira, manakala mayat Ku Asyraf pula tertiarap di atas jalan di hadapan sebuah rumah dengan beberapa kesan tikaman pada badan.

Jarak lokasi mangsa lelaki di­temui dengan kereta adalah kira-kira tujuh meter.

Ku Asyraf menjalankan perniagaan telefon bimbit di sebuah pusat beli-belah di sini.

Kedua-dua mereka dikatakan diserang seorang lelaki yang di­percayai mempunyai kaitan dengan wanita terbabit. Ku Asy­raf berasal dari Yan, menakala si wanita dari Sungai Petani, dekat sini.

Difahamkan, suspek diperca­yai menikam mangsa wanita terlebih dahulu sebelum me­nyerang Ku Asyraf. Kejadian itu di­sedari penduduk sebelum melaporkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Mohamad Hamizi Abdullah berkata, pihaknya ma­sih menyiasat motif sebenar kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk proses bedah siasat,” katanya sambil memberitahu suspek masih diburu.

Sementara itu, bapa Nurul Nur Syamira, Khamis Abdul Ra­him, 55, dia terkejut apabila dimak­lum­­kan kejadian tersebut oleh po­­lis yang datang ke rumah­nya di Sungai Petani pada pukul 2 pagi.

Katanya, anaknya sudah bercerai dengan bekas suami sejak lebih setahun lalu, namun kedua-dua mereka tetap berhubungan kerana mempunyai dua anak lelaki kecil.

“Saya merestui hubungan ke­dua-dua arwah, namun meminta mereka menangguhkan perkahwinan sehingga pembinaan rumah di Selama, Perak selesai.

“Kalau ikutkan mereka memang nak melangsungkan per­­kah­winan secepat mungkin, na­­mun tidak kesampaian. Pe­la­kunya perlu dikenakan hukuman setimpal,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Menurut Khamis, tindakan suspek menikam anak dan bakal tunangnya sehingga mati merupakan perbuatan kejam.

Tambahnya, kawan lelaki anak­­nya sangat baik dengan da­tang berjumpanya untuk memin­ta izin berkawan dan bertunang dengan arwah Nurul Nur Syamira.

Sementara itu, di Yan, suasana sebak menyelubungi kawasan perumahan itu apabila bapa Allahyarham Ku Asyraf, Ku Shuib yang tiba di lokasi kejadian pada pukul 1.40 pagi dan merintih siapa yang tergamak membunuh anaknya sambil duduk di bahu jalan.

“Allahuakbar, depa tikam dia kat mana? Allahuakbar kita dok de­ngar cerita orang lain, ini kena kat anak kita pula,” rintihnya sam­bil melihat polis menjalankan siasatan.

Menurut Ku Shuib, anaknya ba­ru sahaja pulang ke rumah dan keluar semula, berkemungkinan un­tuk menghantar telefon bimbit dipesan pelanggannya.

“Anak saya balik sekejap dan ada tinggalkan telefon di rumah se­belum keluar. Tidak lama sele­pas dia keluar, polis pula sampai (maklumkan kejadian).

“Arwah anak yang baik, tak per­nah sakitkan hati. Saya dok ha­rap kat dia sahaja. Saya ingat sa­ya yang pergi dulu, tengok dia per­gi dulu,” luahnya.

Difahamkan Ku Aysraf merupakan duda anak satu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN