fbpx
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga pukul 9 malam ini.

Enam negeri hujan lebat malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga pukul 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, negeri terlibat ialah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak dan Sabah serta Labuan.

“Kedah di Kubang Pasu, Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala Perak di Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar.

“Kelantan di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai, manakala Terengganu di Besut dan Johor di Pontian, Kulai, Kota Tinggi serta Johor Bahru,” kata MetMalaysia, hari ini.

MetMalaysia berkata, cuaca buruk di Sarawak diramalkan di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Kanowit), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau), Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Menurut MetMalaysia, Sabah pula dijangka mengalami cuaca buruk di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod dan Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN