fbpx
AHLI keluarga yang menunggu perkembangan mangsa dekat Hutan Tupah, awal pagi tadi.

Empat lelaki terkandas dalam Hutan Tupah diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Empat lelaki yang terkandas selepas masuk ke Hutan Tupah, di sini untuk mendaki Gunung Jerai akibat hujan berjaya diselamatkan pasukan bomba, malam tadi.

Kesemua pendaki berusia antara 25 hingga 34 tahun itu dikatakan memulakan pendakian kira-kira pukul 6.30 pagi semalam dan dapat turun dari situ hingga pukul 7 malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, keluarga kepada tiga mangsa yang risau kemudian membuat laporan di Balai Polis Merbok, pada pukul 9 malam tadi.

“Mereka yang terkandas ialah Muhammad Zulfahmi Zulkefli, 25; Muhammad Aiman Norazam, 26; Mohd Syafiq Asraf Said, 32, dan Mohd Asraf Rosni, 34. Tiga mangsa beralamat di daerah, ini manakala seorang dari Gunung Jeli, Kelantan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, susulan laporan itu, pasukan bomba kemudian melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR), malam tadi.

“Anggota bomba tiba di loji penapisan Syarikat Air Darul Aman (SADA), Tupah pada pukul 10.47 malam untuk melakukan pendakian, namun pencarian terpaksa dihentikan pada pukul 12.45 tengah atas faktor cuaca dan keselamatan,” ujarnya.

Tambahnya, operasi pencarian disambung dan kesemua mangsa berjaya dikesan dan dibawa turun pada pukul 4.30 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN