fbpx
Gambar hiasan

Amaran ribut petir dan hujan lebat di KL, Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga pukul 3 petang hari ini.

MetMalaysia berkata, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dikeluarkan di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan bagi tempoh sama.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Rompin, Pahang, manakala Selangor di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

“Johor di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian dan Kulai,” kata MetMalaysia menerusi hantaran di media sosial hari ini.

MetMalaysia berkata, cuaca buruk di Sarawak diramalkan di Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Sabah di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu),” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI