fbpx
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat meninjau perairan Johor dalam keadaan hujan lebat sejak pagi tadi.

Agong pandu bot tinjau keadaan perairan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat meninjau keadaan perairan di Johor walaupun hujan lebat sejak pagi tadi.

Laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata, Seri Paduka Baginda mengemudi sendiri bot dari Jeti DiRaja Stulang Laut sebelum menuju ke perairan Kota Tinggi.

“Keberangkatan Seri Paduka Baginda itu mencerminkan keprihatinan mendalam terhadap aspek keselamatan serta kesejahteraan rakyat,” kata laman Facebook tersebut hari ini.

Menurut Laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, keberangkatan Seri Paduka Baginda itu turut mencerminkan keprihatinan terhadap golongan nelayan.

“Khususnya nelayan yang bergantung kepada laluan perairan sebagai sumber rezeki, pengangkutan dan kegiatan harian,” kata laman Facebook berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI