fbpx
Tiga pekerja maut selepas digilis jentera penggelek 'steamroll' di negeri Mato Grosso pada Rabu lalu. - The Sun UK 

3 pekerja mati digilis ‘steamroll’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BRASILIA – Tiga pekerja pembinaan mati digilis  jentera penggelek ‘steamroll’ ketika mereka melakukan kerja baik pulih sebuah lebuh raya di Brazil, lapor akhbar The Sun UK. 

Kejadian ngeri itu berlaku di Lebuh Raya BR-163 dalam negeri Mato Grosso pada Rabu lalu. 

Tiga pekerja terbabit digilis apabila jentera gergasi itu tiba-tiba bergerak menuju ke arah mereka tanpa disedari. 

Dua mangsa maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal. 

Dia disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian akibat kecederaan parah. 

Ketiga-tiga mangsa baru sahaja bekerja selepas diupah kurang sebulan oleh konsortium yang menyelia projek tersebut, Nova Rota do Oeste.

Imej yang dimuat naik di media sosial menunjukkan dua mangsa terbaring dalam keadaan tidak bernyawa di tengah jalan selepas kejadian. 

Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian. 

Nova Rota do Oeste dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan pasukan penyiasat selain mengkaji semula protokol keselamatan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI