fbpx
Hwang In Youp ketika hadir ke Malaysia minggu lalu.

10 peminat bertuah jumpa Hwang In Youp depan mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seramai 10 peminat bertuah telah berpeluang bertemu secara peribadi dengan pelakon popular dari Korea, Hwang In Youp.

Pertemuan tersebut diadakan menerusi sesi ‘private fansign’ eksklusif sempena kunjungan sulung artis tersebut ke Malaysia pada 6 September lalu.

Acara itu membolehkan setiap peminat meluangkan masa bersama idola kesayangan mereka selain membawa pulang gambar polaroid bertandatangan sebagai kenangan sekali seumur hidup.

Menariknya, sesi istimewa tersebut dibawakan oleh syarikat bihun goreng segera pertama di Malaysia, Nuuna Instant Fried Vermicelli di bawah SW Food

Ketua Pemasaran SW Food, Vynce Lim berkata, nama Nuuna diinspirasikan daripada perkataan Korea “Noona” yang melambangkan kasih sayang dan kebersamaan dalam keluarga.

“Konsep itu selari dengan slogan kami ‘Enjoy the Joy Together’. Nuuna bukan sahaja enak tetapi juga mudah disediakan kerana hanya mengambil masa empat minit,” katanya.

Kata Lim, kehadiran Hwang In Youp nyata menghangatkan lagi fenomena gelombang K-Culture di negara ini yang terus mendapat sambutan hangat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN