fbpx
GAMBAR HIASAN

Warga asing agresif diberkas JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Gara-gara bertindak agresif sewaktu pemeriksaan, seorang warga asing berjaya ditahan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu di Stesen Penguat Kuasa (SPK) Bukit Besi-Dungun-Paka, di sini hari ini.

Pengarah JPJ Terengganu, Mohd. Zamri Samion berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan sekitar pukul 12.30 tengah hari motosikal suspek turut disita.

“Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melanggar undang-undang atau mengancam keselamatan anggota serta pengguna jalan raya lain.

“Kes tersebut telah dilaporkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, sebuah klip video berdurasi 18 saat memaparkan pergelutan antara anggota JPJ dan suspek yang agresif tular di media sosial.

Mohd. Zamri berkata, JPJ akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan secara berterusan, dengan tumpuan terhadap pemandu tanpa lesen, kenderaan tidak sah dan pelanggaran serius lain, khususnya melibatkan warga asing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN