fbpx
Allahyarham Zara Qairina

Tubuh Zara Qairina dialihkan sejurus ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Saksi keenam inkues kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir memaklumkan tubuh remaja berkenaan dipindahkan sejurus ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama pada 16 Julai lalu.

Pengawal keselamatan asrama, Linah Mansoding @ Jaliha, 65, memaklumkan perkara itu di Mahkamah Koroner hari ini ketika menyambung kesaksian pada prosiding yang memasuki hari keenam.

Saksi berkata, pemindahan dilakukan ke hadapan rumah warden ketua warden bersama tiga pelajar tingkatan empat.

“Selepas ketua warden sampai ke lokasi, beliau mengarahkan agar Zara dipindahkan bagi memudahkan pihak ambulans mudah untuk mengangkatnya.

“Pada masa itu saya juga mahu membantu mengangkat tetapi tiada bahagian yang boleh saya pegang, mereka kemudian meletakkan Zara di bahagian depan asrama, berdekatan rumah warden, sementara menunggu ambulans,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI