fbpx
TUAN Ibrahim berucap pada Majlis Perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia kali ke-66 di Kompleks Pas Kedah di Alor Setar, hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

Tuan Ibrahim pilihan pertama Pemuda Pas jadi PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Pemuda Pas menamakan Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man selaku pilihan pertama untuk diketengahkan sebagai calon Perdana Menteri daripada parti itu.

Ketua Pemudanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, Presiden parti, Tan Sri Abdul Hadi Awang juga layak dicalonkan berdasarkan pengalaman yang luas.

Namun, kata beliau, Ahli Parlimen Marang itu sudah menyatakan tidak mahu menjadi Perdana Menteri meskipun Pas berpeluang memerintah negara kerana faktor kesihatan.

“Kita juga ada dua orang Naib Presiden Pas (Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Datuk Idris Ahmad) yang menjadi Ahli Parlimen, Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor) pun boleh jadi Ahli Parlimen dan jadi Perdana Menteri.

“Calon-calon ini sudah ada pengalaman mengurus negeri dan negara ketika menjadi menteri, jadi tak salah untuk saya cadangkan mereka sebagai calon Perdana Menteri. Ini cadangan tapi akan diputuskan di peringkat Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN),” katanya kepada pemberita selepas Muktamar Pemuda Pas ke-66, hari ini.

Terdahulu, Pemuda Pas mendesak parti itu untuk mempersiapkan diri memimpin PN serta menampilkan calon Perdana Menteri berasaskan kekuatan politik semasa yang nyata.

Perkara tersebut dibawa melalui usul yang dibentangkan oleh Ketua Penerangan Pemuda Pas Pusat, Khairul Nadzir Helmi Azhar sempena Muktamar Pemuda Pas, hari ini.

Sementara itu, Afnan Hamimi berkata, usul dibentangkan Pemuda tidak membawa apa-apa mesej kepada Bersatu yang terlebih dahulu mengumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri ke-11.

“Semua parti akan cadang pemimpin masing-masing, sebab kerusi Pas banyak jadi kita cadang kitalah yang ketuai, tiada isyarat apa-apa (kepada Bersatu),” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN