fbpx
MOHD. NA'IM menyerahkan sumbangan kepada Surau Nurul Haq, Kampung Sungai Sayong 1, Kulai hari ini.

Tidak perlu pertikaian wanita sertai Global Sumud Flotilla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Pembabitan kaum wanita dalam Sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Palestin tidak seharusnya menjadi pertikaian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, Mufti Wilayah Persekutuan (WP), Sahibus Samahah Ahmad Fauwaz Fadzil juga berpandangan bahawa hukum penyertaan wanita dalam pelayaran itu adalah harus.

Katanya, perkara itu seharusnya mengikut kemampuan dan kudrat masing-masing tanpa mengira jantina individu yang terlibat dalam melakukan misi kemanusiaan itu.

“Memandangkan pandangan hukum itu sudah dikeluarkan, kita berpeganglah pada pandangan itu. Isunya bolehkah wanita sertai GSF itu, jawapan sudah diberi.

“Yang tidak mampu di sini, kita doa ikut kemampuan kita. Tak nak ada yang mempersoalkan, pergi tidak, doa pun tidak,” katanya selepas menyerahkan sumbangan kepada Surau Nurul Haq, Kampung Sungai Sayong 1, di sini hari ini.

Mohd Na’im berkata, sekiranya syarat yang ditetapkan bagi seseorang wanita itu menyertai pasukan sukarelawan terbabit sudah dipenuhi, maka ia dilihat tidak timbul masalah.

Sementara itu, katanya, setakat ini tiada mana-mana peserta pelayaran pasukan GSF itu yang dilaporkan terbabit dalam insiden kebakaran dua kapal yang melakukan misi yang sama itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI