fbpx
Alzafny menunjukkan kad Touch 'n Go yang digodam pada sidang akhbar di Seremban.

Suami isteri guna kad Touch ‘n Go digodam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Pengarah operasi sebuah syarikat pengangkutan dan isterinya ditahan selepas disyaki menggunakan kad Touch ‘n Go yang digodam untuk operasi penghantaran syarikat sejak tahun lalu melibatkan kerugian hampir RM60,000.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, suspek lelaki tempatan dan isterinya warga China berusia 43 dan 33 tahun dikesan membeli kad itu dengan tambah nilai yang tidak sah daripada pembekal tempatan secara pukal.

“Pembelian pukal 200 ke 300 keping kad itu dibuat hasil perjumpaan dengan pembekal, seorang lelaki tempatan yang mana transaksi penerimaan kad dan pembayaran dibuat secara tunai.

“Setiap kad Touch ‘n Go itu dijual pada harga RM150 sekeping dengan tambah nilai RM300 yang didapati tidak sah, iaitu dua kali ganda daripada harga kad,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di sini hari ini.

Katanya, kad Touch ‘n Go itu diedarkan kepada pemandu lori syarikat untuk digunakan bagi melepasi plaza tol sepanjang proses penghantaran dipercayai bagi mengaut keuntungan berkaitan kos operasi.

“Syarikat dengan 160 buah lori menggunakan kad yang digodam itu sejak Ogos 2024 dan ini kes pertama melibatkan penipuan Touch ‘n Go dikesan di Negeri Sembilan,” katanya.

Pasangan suami isteri itu direman selama empat hari hingga esok dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN