fbpx
ANTARA kabel yang dirampas pihak polis susulan penahanan dua lelaki di Temerloh dan Bentong kelmarin.

Polis tahan dua lelaki disyaki curi kabel ECRL di Temerloh dan Bentong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEMERLOH – Polis menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes kecurian kabel penghubung projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) antara Temerloh dan Bentong.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, lelaki berumur 34 dan 41 tahun itu ditahan di Mentakab dan Bentong kelmarin dan direman selama empat hari.

“Berdasarkan siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat dua kes di Temerloh dan satu kes di Bentong yang mana kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Siasatan awal juga mendapati kes kecurian berlaku pada Ogos di daerah Temerloh dan Bentong dan siasatan masih giat dilakukan,”katanya di sini hari ini.

Tambahnya susulan itu juga polis merampas sejumlah kabel tembaga yang dipotong dalam pelbagai saiz, segulung kabel tembaga dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk mencuri kabel berkenaan.

Dalam pada itu katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati suspek berusia 34 tahun yang merupakan penganggur mempunyai empat rekod lampau berkaitan narkotik manakala suspek berumur 41 tahun yang merupakan peniaga mempunyai lima rekod lampau berkaitan jenayah.

Katanya, polis juga sedang giat melakukan siasatan termasuk mengenalpasti pembeli kabel-kabel berkenaan.

Baru baru ini China Communication Construction (CCC) Sdn. Bhd. dilaporkan memaklumkan kabel sepanjang 1,080 meter di jajaran Temerloh dan Lanchang serta 599 meter di jajaran Lanchang dan Bentong telah dicuri dalam tempoh dua minggu.

Menurut CCC kecurian itu bukan sahaja meningkatkan kos pembaikan dan penggantian malah turut menyumbang kepada kelewatan perkembangan keseluruhan projek apabila komponen gantian yang ditempah khas memerlukan masa berbulan-bulan untuk diperoleh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI