ADA yang menganggap kejayaan tempat ketiga Piala Asia 2025 di Rajgir, India tidak sepatutnya diraikan berlebihan. Ini disebabkan potensi dan prestasi yang dipamerkan skuad hoki lelaki negara sebenarnya mampu meraih pencapaian lebih bagus dengan melangkah ke pentas final tetapi dikecewakan disebabkan ‘penyakit lama’. Namun, ramai tidak sedar bahawa itu adalah kejayaan podium pertama buat Speedy Tigers selepas lebih setahun di bawah bimbingan Sarjit Singh sejak dilantik pada Mac 2024. Pujian wajar diberikan kepada barisan kejurulatihan kerana berjaya menamatkan penantian podium……