fbpx
Affa pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

PMKL kecam ugutan bunuh terhadap PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pergerakan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur (PMKL) mengecam sekeras-kerasnya ugutan bunuh yang tular di media sosial semalam dipercayai ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Pengerusinya, Affa Syaripuddin berkata, isu berkenaan tidak sepatutnya berlaku apatah lagi selepas ia mendapat perhatian Perdana Menteri sendiri.

“Fahaman yang berbau khawarij seperti ini harus dibanteras dengan tegas dan saya berharap pihak polis melaksanakan tugas mereka secara tegas terhadap ugutan yang sudah melampaui batas.

“Bila terlalu banyak provokasi berlaku, ada pihak yang tidak bersetuju dengan kerajaan menimbulkan perkara ini hingga sanggup mengeluarkan ugutan bunuh,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurutnya, pihaknya mahu pihak berkuasa bertindak segera terhadap individu tidak bertanggungjawab yang menimbulkan provokasi melalui media sosial.

Semalam, Kosmo! melaporkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) tampil membuat dua laporan polis berhubung video tular yang mengandungi ugutan bunuh dipercayai ditujukan kepada Perdana Menteri.

Ketua Penerangan AMK Wilayah Persekutuan, Mohammad Rais Hamdan berkata, dua laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira pukul 8 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI