fbpx
SEBAHAGIAN rokok tidak berkastam yang dirampas polis di Padang Siding dekat sini baru-baru ini.

Penganggur ditahan miliki rokok seludup RM270,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ARAU – Seorang penganggur berusia 37 tahun ditahan polis selepas disyaki memiliki pelbagai jenis rokok seludup bernilai kira-kira RM270,000 di Kampung Rambai, Padang Siding dekat sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, tangkapan dilakukan hasil risikan dan maklumat menerusi Op Angkasa oleh sepasukan lapan anggota polis diketuai Sub Inspektor Fadzil Ali pada pukul 10.30 pagi, 10 September lalu.

“Ketika pemeriksaan terhadap sebuah kereta jenis Naza Ria yang diletakkan di hadapan sebuah rumah, pasukan operasi menjumpai pelbagai kotak rokok dipercayai tidak bercukai.

“Suspek kemudian mengaku semua barangan itu adalah miliknya selepas soal siasat dijalankan di lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, antara rampasan termasuk 12 kotak berisi 72 karton rokok jenama Nanjing, lima kotak (Diamond), tiga kotak (Liqun), selain beberapa jenama lain seperti Septwolves, Huanghelou, Sequoia dan Chunghwa.

“Siasatan awal turut mendapati suspek mempunyai enam rekod lampau melibatkan lima kes dadah dan satu kes jenayah. Ujian air kencing yang dijalankan juga mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

“Suspek ditahan reman di Lokap Balai Polis Arau sehingga 14 September depan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN