fbpx
ANTONELLI berdepan situasi sukar dalam siri perlumbaan di Eropah ekoran beberapa kesilapan sama dilakukannya. - AFP

Mercedes mula muak prestasi Antonelli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Bekas pelumba Formula Satu (F1), Johnny Herbert memberi amaran keras kepada Kimi Antonelli bahawa kesilapan kecil yang dilakukannya secara berulang boleh menjejaskan masa depan remaja berusia 19 tahun itu di saingan elit.

Antonelli yang menjalani musim rookie bersama Mercedes berdepan kempen sukar selepas gagal keluar daripada prestasi hambar sepanjang siri perlumbaan di Eropah.

Di Grand Prix (GP) Belanda, pelumba Itali itu dua kali dikenakan penalti sebelum diturunkan dari tempat keenam ke kesembilan di Monza akibat satu lagi penalti masa.

Keputusan itu turut membawa kritikan terbuka buat pertama kali daripada ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff yang menyifatkan prestasi Antonelli di laman sendiri sebagai ‘mengecewakan’.

Herbert yang juga pemenang tiga perlumbaan GP mengakui bimbang dengan prestasi Antonelli yang sering dibayangi kesilapan sama.

“Kesilapan lagi. Ini tema berulang yang Antonelli nampaknya gagal singkirkan. Lagi lama ia berterusan, ia akan mengganggu mental anda,” katanya.

Herbert menegaskan kesilapan Antonelli kebanyakannya berpunca beberapa keputusan yang tidak wajar.

Wolff sebelum ini tetap mempertahankan Antonelli biarpun dikritik Jacques Villeneuve, namun Herbert berpendapat ketua Mercedes itu enggan mengakui pelumba muda tersebut mungkin dinaikkan terlalu awal selepas hanya semusim di Formula 2. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN