fbpx
Gambar hiasan.

Lelaki maut selepas mengamuk di Gelugor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Seorang lelaki tempatan meninggal dunia selepas mengamuk di rumahnya di Taman Desa Baru, Gelugor awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita yang memaklumkan adiknya berusia 48 tahun mengamuk di rumah itu pada pukul 3.58 pagi.

”Apabila pasukan polis tiba di lokasi, mangsa didapati terbaring dalam keadaan meniarap dan tidak sedarkan diri di bahagian dapur rumah,” katanya di sini hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa mempunyai rekod penyakit mental dan bertindak agresif hingga mengancam keselamatan ahli keluarganya.

‘Bagaimanapun, mangsa dipercayai terjatuh ketika cuba ditenangkan oleh ahli keluarga sebelum tidak sedarkan diri.

Katanya, hasil bedah siasat oleh Pakar Forensik Hospital Pulau Pinang mendapati punca kematian adalah pulmonary oedema (paru-paru berair) dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN