fbpx
MUHAMMAD FAIRUL dan isterinya, Elika serta Nursahkila didakwa mengedar syabu seberat 80.3kg di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi hari ini.

Laki bini, wanita didakwa edar syabu 80.3kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Sepasang suami isteri bersama seorang wanita berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mengedar dadah seberat 80.3 kilogram (kg) bernilai RM2.57 juta di sebuah rumah di Taman Sri Penawar di sini, minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Fairul Jaffar, 43, bersama isterinya, Elika Safitri, 33, dan Nursahkila Yusof, 39, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hayda Faridzal Abu Hasan.

Mengikut pertuduhan ketiga-tiga tertuduh didakwa mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine berat kasar 80,330 gram.

Perbuatan itu dilakukan pada 2 September lalu lebih kurang pukul 10.30 malam di Jalan Anggerik 8, Taman Sri penawar.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan juga hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan jika tidak dihukum dengan hukuman mati.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Afiqah Musa, manakala pasangan suami isteri diwakili peguam Nor Shahid Abd. Malik sementara Nursahkila tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 13 Oktober ini untuk sebutan semula kes dan penyerahan laporan kimia dan tiada jaminan dibenarkan kepada tertuduh.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN