fbpx
Rafidah ketika sidang akhbar di sini, hari ini. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI/KOSMO!

Kami tidak mahu pampasan, kekalkan tanah warisan – Rafidah Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penduduk Kampung Sungai Baru menegaskan mereka tidak mahukan pampasan daripada pemaju sebaliknya mahu tanah warisan di kawasan itu kekal turun-temurun.

Mewakili penduduk aktivis, Rafidah Ibrahim berkata, tindakan menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi operasi pengosongan di kampung tersebut menyebabkan penduduk dipaksa menerima pampasan yang ditawarkan.

“Kami tidak mahu pampasan atau duit pemaju yang tidak seberapa. Apa yang kami mahu ialah tanah warisan ini dikekalkan untuk generasi seterusnya.

“Pampasan bukan isu utama bagi (penduduk) Kampung Sungai Baru,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Rafidah turut berkongsi pengalaman operasi pengosongan pada semalam yang disifatkan dilakukan secara rakus tanpa memikirkan keselamatan penduduk.

Terdahulu media melaporkan, projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru sebelum ini mendapat tentangan sebahagian penduduk walaupun majoriti sudah menerima tawaran pampasan dan berpindah keluar lebih awal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI