fbpx
Gambar hiasan

Isteri nusyuz masih boleh dapat hak jagaan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Kau curang! Kau isteri nusyuz! Kau tak ada hak atas anak kita. Kau ingat, kau tak akan dapat hak penjagaan atas anak.”

Itulah jawapan balas seorang suami ketika bekas isterinya memohon agar anak mereka berada di bawah jagaannya.

Kata lelaki itu, wanita tersebut tidak akan mendapat hak penjagaan disebabkan berlaku curang dalam perkahwinan.

Tangkap layar perbualan WhatsApp antara kedua-dua individu itu tular di media sosial sehingga menerima pelbagai reaksi netizen di ruangan komen.

Menjelaskan situasi itu, peguam syarie, Fahmi Ramli berkata, tanggapan bahawa isteri yang dilabel sebagai nusyuz (ingkar perintah suami yang sah menurut syarak) secara automatik hilang hak penjagaan anak adalah tidak tepat.

Jelasnya, status nusyuz hanya berkaitan dengan nafkah isteri, bukan hak jagaan anak atau hadanah.

“Ramai salah faham. Nusyuz hanya menyebabkan isteri hilang hak nafkah. Tetapi dalam isu jagaan anak, mahkamah syariah akan menilai kepentingan dan kebajikan anak terlebih dahulu,” katanya dalam satu perkongsian di Telegram.

Menurut Fahmi, walaupun seorang ibu disabitkan nusyuz, beliau masih boleh diberi hak jagaan jika terbukti mampu memberikan kasih sayang, keselamatan dan pendidikan yang baik kepada anak.

“Enakmen Keluarga Islam di negeri-negeri jelas menyatakan bahawa kepentingan anak adalah keutamaan, bukannya konflik antara suami dan isteri,” katanya.

Fahmi turut mengingatkan orang ramai agar tidak mengelirukan dua perkara berbeza ini iaitu hak nafkah isteri dan hak jagaan anak.

Tambahnya, salah faham seperti itu sering menimbulkan ketegangan dalam kes perceraian dan perbicaraan hak penjagaan di mahkamah syariah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI