fbpx
Pasukan peguam mewakili ibu Zara ketika tiba di mahkamah untuk menghadiri prosiding inkues hari keenam pada Jumaat. Foto oleh IVAN AMIRUL/ KOSMO!

Inkues: Telefon bimbit pengawal jadi eksibit baharu kes Zara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Telefon bimbit milik saksi keenam dalam prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir disenarai sebagai bahan eksibit baharu dengan nombor rujukan ke-139.

Mahkamah Koroner diberitahu, telefon bimbit milik saksi keenam berkenaan sebelum ini digunakan saksi ketika bertugas membuat rondaan di kawasan sekolah dan asrama termasuklah pada malam kejadian.

Katanya, rondaan dijalankan bermula pukul 8 malam dengan lima titik kawalan atau ‘point jam’ termasuk di rumah guru dan asrama pelajar setiap dua jam sekali.

“Setiap rondaan mengambil masa di antara 30 minit hingga hampir sejam dengan catatan dibuat menggunakan telefon bimbit berkenaan sebelum dimasukkan semula ke dalam buku laporan.

“Rondaan dijalankan secara bergilir oleh pengawal lelaki yang meliputi semua kawasan sekolah termasuk asrama pelajar perempuan. Sepanjang rondaan dijalankan, laporan tidak menunjukkan sebarang pergerakan atau aktiviti mencurigakan,” katanya.

Ketika ditanya jika saksi boleh menunjukkan hasil laporan berkenaan, beliau berkata boleh sekiranya maklumat terbabit masih ada di dalam telefon dan tidak dipadamkan.

Beliau bagaimanapun berkata, gambar yang diambil menggunakan telefon bimbit didakwa dipadamkan setiap kali selesai bertugas.

Semasa ingin dibuka, telefon bimbit terbabit gagal dibuka disebabkan kehabisan bateri dan didaftarkan sebagai eksibit baharu dalam prosiding sebelum dibuka untuk mengetahui kandungan di dalamnya sebaik bateri dicas

Prosiding inkues akan bersambung bagi mendengar keterangan lanjut berhubung peranan telefon bimbit dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN