fbpx
KHAMIS menunjukkan gambar Allahyarham Nurul Nur Syamira ketika ditemui di Jabatan Forensik HSB di Alor Setar, hari ini.

Ibu tunggal, peniaga maut ditikam tidak sempat bertunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Seorang ibu tunggal dan peniaga telefon bimbit yang maut ditikam dalam kejadian di Taman Nona di Guar Chempedak, Yan dekat sini malam tadi berhasrat mahu bertunang dalam tempoh terdekat.

Menurut Khamis Abdul Rahim, 55, anak sulungnya, Nurul Nur Syamira, 28, yang merupakan ibu kepada dua anak sebelum ini pernah menyuarakan hasrat itu kepadanya.

“Saya merestui hubungan mereka kerana kawan lelakinya itu sangat baik. Cuma saya minta mereka menangguhkan sementara perkahwinan sehingga pembinaan rumah di Selama, Perak siap.

“Kalau ikutkan, mereka memang nak berkahwin secepat mungkin. Lelaki itu pun datang berjumpa saya untuk meminta izin berkawan dan bertunang dengan anak saya,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini hari ini.

Katanya, anaknya sudah bercerai dengan bekas suaminya sejak lebih setahun lalu, namun kedua-dua mereka tetap berhubungan kerana mempunyai dua anak lelaki yang masih kecil.

Tambahnya, perbuatan suspek menikam anaknya dan teman lelakinya sehingga menemui ajal sama sekali tidak boleh diterimanya.

“Saya harap siapa pun pelakunya ditangkap segera dan dikenakan hukuman berat. Saya tidak boleh membayangkan betapa kejamnya suspek,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN