fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda hampir di seluruh negara sehingga pukul 8 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, ia melibatkan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, serta Sarawak dan Sabah.

“Antara kawasan yang dijangka terjejas adalah Langkawi, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim di Kedah; Seberang Perai Utara di Pulau Pinang dan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak.

“Selain itu, turut melibatkan Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Gua Musang di Kelantan, manakala Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu,” ujarnya.

Amaran kawasan lain yang terbabit adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran dan Kuantan di Pahang; Hulu Selangor dan Gombak di Selangor dan Kuala Lumpur.

Sementara itu, Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong (Betong), Sibu (Kanowit), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu dan Miri (Subis, Beluru dan Miri) di Sarawak dan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas) di Sabah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN