fbpx
Cahaya dipercayai peluru berpandu dipintas di langit Madinah. - Foto TikTok/taufiqueahmed94

Heboh peluru berpandu dipintas di langit Madinah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah peluru berpandu dilaporkan telah dilancarkan ke arah Madinah, Arab Saudi semalam, lapor portal berita CNBC Indonesia hari ini.

Akaun Instagram Arab Saudi, That Saudi Page melaporkan perkara tersebut berdasarkan petikan video yang tersebar di media sosial.

“Sebuah peluru berpandu telah dipintas di Madinah, semalam,” tulis laman tersebut, seperti yang dilihat oleh CNBC Indonesia.

“Kejadian berlaku selepas solat Subuh,” tambah laman tersebut.

Video itu merujuk kepada sumber daripada akaun @taufiqueahmed94 di TikTok. 

Dalam video itu, satu cahaya terbang kelihatan di langit disertai dengan bunyi letupan yang kedengaran.

Beberapa netizen mempersoalkan kesahihan laporan tersebut. 

Namun, ada juga yang mengaitkan kejadian itu dengan peluru berpandu yang dilancarkan dari Yemen ke arah Israel.

“Mungkin peluru berpandu itu dilancarkan dari Yemen ke Israel dan Arab Saudi berjaya memintasnya,” kata netizen @adv.uzmazhar.

Israel turut mengaku memintas peluru berpandu dari Yemen. 

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi Arab Saudi berhubung insiden itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN