fbpx
GAVI berkemungkinan besar perlu menjalani pembedahan terhadap kecederaan lutut dialami dalam sesi latihan baru-baru ini. - AFP

Gavi sedih perlu jalani pembedahan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARCELONA – Pengendali Sepanyol, Luis de la Fuente yakin Gavi tidak akan berdepan masalah untuk kembali menemui prestasi terbaiknya selepas bintang muda Barcelona itu berdepan satu lagi pembedahan lutut.

Gavi dikatakan sekali lagi perlu menjalani pembedahan selepas mengalami kesakitan pada lutut kanannya susulan pelanggaran dialaminya dalam sesi latihan.

Ia adalah bahagian lutut yang sama dialaminya dua tahun lalu yang ketika itu menyaksikan dia tersisih hampir setahun disebabkan kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) dan meniskus.

Bagaimanapun, petugas perubatan Barcelona mahu mencuba rawatan konservatif terlebih dahulu tetapi De la Fuente mendedahkan pemain berusia 21 tahun itu sudah pun memikirkan mengenai kemungkinan pembedahan.

Katanya, Gavi benar-benar dalam ‘kesedihan’ kerana dia sedang menanti jangkaan sebenar yang memerlukannya diketepikan oleh pasukan utama bagi memberi laluan kepada proses rehabilitasi.

“Saya bercakap dengan Gavi. Dia ‘sedih’ dan menanti sama ada perlu lakukan pembedahan meniskus. Saya memberikannya semangat kerana saya tahu dia pernah melalui fasa sukar seperti ini,” kata De la Fuente.

Sebagai rekod, masalah kecederaan dialami Gabi yang dianggap salah seorang bintang berbakat dari Akademi La Masia, menyaksikan perkembangannya sedikit terjejas.

Sejak pulih daripada masalah ACL, Gavi sudah bermain 42 perlawanan buat Barcelona, namun hanya diturunkan 14 kali dalam kesebelasan utama untuk saingan La Liga dan cuma tiga di pentas Liga Juara-Juara Eropah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN