fbpx
ERIKSEN yang berstatus ejen bebas memilih Wolfsburg sebagai kelab baharu untuk dia meneruskan kariernya dalam bola sepak. – AFP

Eriksen pilih Jerman destinasi baharu karier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Selepas mengakhiri kontraknya bersama Manchester United dan berstatus ejen bebas ketika ini, Christian Eriksen akhir­nya memilih untuk menyertai sebuah kelab Jerman.

Sebelum ini, tonggak skuad kebangsaan Denmark itu dikaitkan dengan perpindahan me­nyertai Bayer Leverkusen selepas bekas jurulatih skuad negaranya, Kasper Hjulmand dilantik sebagai pengendali baharu kelab berkenaan.

Biarpun sudah berusia 33 tahun, Eriksen masih dianggap seorang pemain yang memiliki kualiti walaupun tidak begitu menyerlah di Old Trafford ekoran beberapa siri kecederaan selain persaingan kuat di posisi tengah United.

Bagaimanapun, pemain tengah berpengalaman itu akhirnya memilih untuk menyertai Wolfsburg dengan kontrak selama dua tahun.

“Kami akhirnya berjaya mendapatkan khidmat pemain berpengalaman yang pernah beraksi di tahap tertinggi bola sepak.

“Kualiti dan kemahirannya mampu membantu pasukan ini yang dipenuhi pemain muda untuk terus berkembang,” kata Pengarah Sukan Wolfsburg, Sebastian Schindzielorz.

Perkembangan itu akhirnya menutup spekulasi perpindahan ke Leverkusen apabila dia sebelum ini dikatakan sangat tertarik dengan peluang bekerjasama dengan Hjulmand ketika jurulatih berkenaan dianggap cukup mengenali potensinya dengan cukup mendalam.

Hubungan baik kedua-dua mereka juga menyaksikan peluang perpindahan itu dianggap cukup besar dan tidak mustahil untuk direalisasikan ketika Le­verkusen juga memerlukan pemain tengah kreatif selepas kehilangan Florian Wirtz. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN