fbpx
Polis menyiasat lokasi pembunuhan dua individu di Taman Nona, Guar Chempedak di Yan awal pagi ini.

[VIDEO] Dua mati terlangkup atas jalan, dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

YAN – Seorang lelaki dan wanita ditemukan maut dengan beberapa kesan tikaman pada badan di Taman Nona di Guar Chempedak di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 malam itu, mangsa lelaki dijumpai dalam keadaan terlangkup di atas jalan di hadapan sebuah rumah di situ, manakala mangsa wanita di dalam sebuah kereta jenis Proton Wira.

Jarak lokasi mangsa lelaki ditemui dengan kereta adalah kira-kira tujuh meter.

Kedua-dua mangsa berusia 30 dan 28 tahun itu yang menaiki kereta itu dikatakan telah diserang seorang lelaki dengan senjata tajam.

Suspek dipercayai menikam mangsa wanita yang duduk di tempat penumpang hadapan kereta tersebut sebelum bertindak menikam lelaki terbabit.

Kejadian itu disedari penduduk di situ sebelum melaporkannya kepada polis.

Susulan itu, pihak polis termasuk Jabatan Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) melakukan siasatan di lokasi kejadian. Setakat ini tiada tangkapan dilakukan berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Mohamad Hamizi Abdullah berkata, pihaknya masih menyiasat motif kejadian dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk proses bedah siasat,” katanya.

Mangsa lelaki dipercayai berasal dari Yan, manakala wanita dari Sungai Petani dekat sini dan bukan penghuni di kawasan perumahan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN