fbpx
ABDUL Rahman (tengah) didakwa atas pertuduhan menyebabkan kecederaan tubuh badan yang mungkin boleh membawa kematian terhadap kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia enam dan lapan tahun di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP/KOSMO!

Bapa dua budak lemas menangis, rayu mahu lawat kubur anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Bapa kepada dua kanak-kanak yang mati lemas selepas kereta dinaiki mereka menggelongsor ke muara Sungai Linggi, Tanjung Agas di Port Dickson, awal September lalu merayu kepada Mahkamah Sesyen di sini hari ini supaya dibenarkan jaminan untuk melawat kubur anak-anaknya.

“Saya merayu sejak anak meninggal saya tidak dapat melawat kubur mereka. Saya cuma berharap diberi jaminan, itu sudah memadai (untuk melawat kubur),” katanya yang kelihatan menangis dan sebak dalam prosiding di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Tertuduh, Abdul Rahman Mahmud, 46, yang tidak diwakili peguam sebelum itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan tubuh badan yang mungkin boleh membawa kematian terhadap dua kanak-kanak berusia 6 dan 8 tahun.

Kesalahan itu dilakukan lebih kurang pukul 11.45 pagi di muara Sungai Linggi, Tanjung Agas di Port Dickson pada 4 September lalu.

Tertuduh telah melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh yang boleh dihukum di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 30 tahun dan juga boleh denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwaan Raya, M. Pusppa tidak menawarkan jaminan kerana ada kemungkinan tertuduh menghilangkan diri dan ini akan menyukarkan kes pendakwaan serta memohon tarikh sebutan baharu untuk laporan forensik, kimia dan Puspakom.

Mahkamah menetapkan tertuduh tidak dibenarkan jaminan dan kes akan disebut semula pada 10 November depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI