fbpx
Keadaan banjir di Sabah ketika ini. Foto ERA SABAH

Banjir Sabah: Rakyat diseru utamakan keselamatan – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan penduduk di kawasan berisiko banjir di Sabah agar sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan keluarga.

Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, beliau berkata pihak berkuasa sentiasa memantau perkembangan semasa, khususnya di Penampang dan Beaufort yang menyaksikan lebih 400 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

“Semua agensi di peringkat negeri dan daerah diarahkan memantau, menyelaras dan bertindak segera dalam memberi bantuan menyeluruh sekiranya keadaan memburuk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setakat pukul 12 tengah hari tadi, sebanyak lima PPS dibuka di Penampang dan Beaufort menempatkan seramai 432 mangsa daripada 121 keluarga.

Paras air di beberapa sungai utama dilaporkan masih berada pada tahap bahaya, manakala hujan lebat berterusan menyukarkan usaha pemindahan.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memaklumkan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Polis Diraja Malaysia telah digerakkan untuk membantu proses menyelamat dan mengawal lalu lintas di kawasan terjejas.

Ahmad Zahid turut menyeru orang ramai agar peka dengan amaran cuaca serta segera berpindah apabila diarahkan.

“Keselamatan keluarga adalah keutamaan kita bersama. Marilah kita berdoa agar keadaan segera pulih dan segala urusan bantuan dipermudahkan,” katanya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI