fbpx
Faisal bersama anak dan isterinya di sebuah restoran terkemuka di ibu kota.

‘Aku sayang sampai mati, segenap hati ini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Aku sayang sampai mati segenap hati ini. Rasaku membahana getarkan jiwa…,” itulah bait-bait lirik yang dipilih sebagai lagu latar bagi gambar keluarga dimuat naik Faisal Halim di laman Instagramnya malam tadi.

Gambar tersebut turut memaparkan Faisal memeluk isteri serta anak mereka, Khalish Aryan dan ia diambil di sebuah restoran terkemuka di ibu kota.

Pemain kebangsaan itu sebelum ini menjadi bualan netizen selepas isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahril bersuara mengenai kemelut rumah tangga mereka sekali gus mengesahkan berita bahawa dia telah memfailkan permohonan cerai pada 2 September lalu.

Bagaimanapun, hari ini rata-rata peminat Bintang Selangor FC itu mendoakan kebahagiaan buat pasangan tersebut dan berharap hubungan mereka kekal hingga Jannah.

Terdahulu, Nur Syazwani turut memuat naik gambar sama di hantaran di Instagramnya dan meluahkan rasa syukur setelah kemelut rumah tangga yang dihadapi hampir seminggu ini selesai.

Pada masa sama, wanita itu menggambarkan kehidupan mereka seperti pasangan pengantin baharu.

“Alhamdulillah! forgive and forget (memaafkan dan melupakan).

“May Allah protect our marriage till Jannah (semoga Allah pelihara perkahwinan kita hingga Jannah. Love you (cinta kamu) Faisal Halim, rasa macam baru kahwin semalam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN