fbpx
Kor Ming semasa merasmikan program IEM: Urban Engineering Symposium 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

85 peratus rakyat tinggal di bandar menjelang 2040

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 85 peratus rakyat Malaysia dijangka menetap di kawasan bandar menjelang tahun 2040, sekali gus menjadikan negara ini antara paling pesat membangun di rantau Asia Tenggara.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, walaupun urbanisasi pesat mendorong pertumbuhan ekonomi, ia juga membawa cabaran besar termasuk banjir kilat, kesesakan lalu lintas serta peningkatan kos perumahan.

“Urbanisasi bukan hanya soal besi dan teknologi. Ia tentang menegakkan keadilan sosial, memastikan tiada siapa yang ketinggalan. Kita tidak mahu bandar terbahagi dua yang mana satu untuk golongan kaya, satu lagi untuk yang miskin,” katanya ketika merasmikan IEM: Urban Engineering Symposium 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Katanya, bagi memastikan pembangunan bandar mampan, KPKT telah memperkenalkan pelbagai reformasi termasuk Perjanjian Jual Beli Elektronik (eSPA), model Bina-Dulu-Jual-Kemudian (BTS) serta insentif untuk pemaju bagi menghapuskan projek perumahan terbengkalai menjelang 2030.

Selain itu, program perumahan kos rendah turut dijenamakan semula sebagai Residensi Rakyat (PRR) yang dilengkapi ciri hijau seperti panel solar, tadahan air hujan, rumah pintar dan pertanian bandar.

Kor Ming turut menegaskan komitmen KPKT untuk menyiapkan 1,000 Taman Madani dalam tempoh 10 tahun, selain memperkenalkan undang-undang baharu pembersihan awam yang mewajibkan pesalah buang sampah merata-rata menjalani khidmat komuniti selama 12 jam bermula 1 Januari depan.

“Jika urbanisasi dibiarkan tanpa kawalan, ia boleh menjejaskan kemakmuran negara. Sebab itu kita perlukan perancangan dan kerjasama semua pihak,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI