fbpx
Keadaan tegang dan kecoh berlaku selepas penduduk Kampung Sungai Baru bertindak agresif di Kuala Lumpur pagi tadi.

‘Yang salah bukan polis, kenapa polis kena serang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penduduk Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur digesa bertenang dan tidak bertindak mengikut perasaan ketika berdepan isu pengosongan kawasan penempatan mereka, selepas insiden balingan objek berbahaya sehingga mencederakan pegawai polis.

Menerusi komen yang ditinggalkan orang ramai ketika sesi siaran langsung oleh beberapa pengguna media sosial, rata-ratanya mengecam tindakan melampau sebahagian penduduk yang mengganggu pasukan keselamatan menjalankan pemantauan di sekitar lakosi.

Insiden tersebut menimbulkan kebimbangan kemungkinan berulangnya tragedi seumpama kes anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, yang terkorban akibat kecederaan semasa pergaduhan membabitkan dua kumpulan berhubung isu pemindahan tapak kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya pada November, 2018 lalu.

“Baling barang dan batu kena kat pegawai polis. Kau jangan nak mengulang tragedi Adib Il. Kami tak akan reda,” tegas Ameno World.

“Yang salah bukan polis, kenapa polis yang diserang? Jadilah penduduk yang bijak. Orang lain yang janji bulan dan bintang, orang lain yang jadi mangsa angkara amarah korang (kalian),” kata Mohd Jusof.

Terdahulu, media melaporkan operasi merobohkan rumah di Kampung Sungai Baru di sini menjadi tegang selepas Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman cedera dipercayai terkena batu yang dibaling penduduk.

Dalam kekecohan itu, Sulizmie dilihat mengalami luka berdarah pada bahagian muka sebelum segera dibawa keluar untuk mendapatkan rawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI